• Multimedia

    Definisi Multimedia

    Multimedia - proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat.

  • Teks

    Teks dalam Multimedia

    Teks - salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian.

  • Grafik

    Grafik dalam Multimedia

    Grafik - media paling utama digunakan bagi memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi multimedia, juga sebagai sumber penyampaian maklumat yang berkesan.

  • Audio

    Audio dalam Multimedia

    Audio - gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Ia membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar.

  • Video

    Video dalam Multimedia

    Video - kombinasi audio dan siri bingkai imej dalam bentuk digital secara selari yang berasaskan masa. Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik serta merupakan elemen multimedia yang paling dinamik serta efektif.

  • Animasi

    Animasi dalam Multimedia

    Animasi - proses penerangan atau penyampaian sesuatu maklumat yang kompleks dapat digambarkan dengan lebih mudah dan pantas. Animasi membolehkan sesuatu persembahan yang disampaikan itu kelihatan hidup atau realistik.

Friday, December 14, 2012

Pemodelan 3D (3D Modelling)

0 comments

Pemodelan 3D melibatkan pembentukkan fizikal bagi objek 3D yang akan dibangunkan pada ruang 3 dimensi. Contoh pemodelan yang paling biasa ialah secara garis kasar atau wireframe dan juga pemodelan objek padu atau solid object modeling.


Wireframe

Wireframe

Solid Object Modeling


3D Maya Viewport
Satu lagi teknik yang sering digunakan dalam proses pemodelan melibatkan pembentukan objek dari pelbagai sudut pandangan misalnya dari pandangan atas, depan, kanan dan sebagainya pada grid-grid yang berkaitan sepertimana yang ditunjukkan pada ilustrasi yang seterusnya.



3D Maya modelling 


Membina model secara maya atau virtual menggunakan perisian animasi 3D sebenarnya lebih mudah jika dibandingkan dengan membina model atau objek dalam kehidupan sebenar. Secara umumnya, kebanyakan perisian animasi 3D menyediakan skrin kerja yang terbahagi kepada empat sudut pandangan yang berlainan. Ini bertujuan bagi memudahkan seseorang animator melibatkan dan seterusnya menganalisis bentuk-bentuk model yang sedang dibina daripada berbagai sudut.



Sumber daripada --->

Tajuk Buku  : Pengenalan kepada Multimedia
Penulis         : Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Tahun           : 2000
Penerbit       : Venton Publishing


Read more

Rendering

0 comments
Rendering dan proses penyediaan animasi merupakan antara proses yang terakhir perlu dilaksanakan bagi penghasilan 3D. pada peringkat ini, semua model dengan pemetaan dan pencahayaan yang terpilih akan diintegrasikan dalam satu skrin persembahan secara serentak bagi membentuk animasi sepertimana yang dikehendaki. Dalam masa yang sama juga, kamera atau sudut pandangan akan ditetapkan bagi menyediakan pergerakan atau animasi yang diperlukan bagi setiap objek yang terlibat. Proses rendering ini biasanya memerlukan masa yang agak panjang bergantung kepada kompleksnya sesebuah animasi yang dibina serta kualiti tahap rendering yang dipilih. Ada masanya sesuatu proses rendering itu memakan masa berhari-hari. Selepas proses rendering selesai, animasi yang terbentuk akan kelihatan lebih hidup dan realistik. Seterusnya dengan gabungan dialog, kesan bunyi dan sebagainya maka lengkaplah satu animasi yang terhasil melalui komputer.   Berikut merupakan contoh rendering :






Read more

3D Tutorial

0 comments


Read more

Kategori-Kategori Animasi Berkomputer

0 comments

2D


Animasi berkomputer secara kasarnya  boleh dikategorikan kepada dua bahagian utama iaitu animasi dua dimensi (2D) dan animasi tiga dimensi (3D).

ANIMASI 2 DEMENSI (2D)
Animasi dua dimensi juga kadang-kalanya dikenali sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan.

ANIMASI 3 DIMENSI (3D)
Merujuk kepada animasi yang mengandungi objek tiga dimensi yang biasanya terbentuk menerusi pemodelan atau formula matematik. Setiap objek mampu dipapar serta dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah ianya objek sebenar yang berdimensi.


Read more
0 comments

FORMAT FAIL ANIMASI

Format fail animasi yang paling popular antaranya ialah format fail daripada AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR)

Animasi juga disimpan sebagai video klip yang mempunyai format fail Quick Time (.mov) atau Video for Window (.avi).

Quick Time

Quick Time


Read more

Teknik-Teknik Animasi

0 comments


ANIMASI TRADISIONAL
Sebelum berkembangnya teknologi animasi berkomputer, semua animasi tradisi dilaksanakan menggunakan tangan. Dalam erti kata yang lain, semua bingkai (frame) bagi animasi perlu dilukis dengan menggunakan kepakaran menggunakan tangan. Bagi setiap satu saat animasi ia memerlukan sekitar 20 bingkai dan bayangankanlah masa dan tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah animasi yang lengkap. Bagi penghasilan animasi yang memakan masa selama dua minit contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400 helaian imej.

Terdapat beberapa teknik yang digunakan bagi membantu di dalam proses penghasilan animasi secara tradisional.


KEY FRAMES
Memandangkan jumlah masa yang panjang serta tenaga yang banyak diperlukan bagi menghasilkan animasi melalui lukisan, maka biasanya kerja-kerja penghasilan animasi dilakukan oleh lebih dari seorang.

Biasanya apabila papan cerita (storyboard) sesebuah animasi telah disiapkan, pelukis grafik utama akan melukiskan bingkai-bingkai utama yang mengandungi atau akan berlakunya perubahan-perubahan yang besar bagi keseluruhan bingkai-bingkai yang berada di antara bingkai utama atau rujukan tadi. Dengan cara ini kebanyakkan beban kerja animasi diagih serta dikawal oleh bingkai rujukan atau lebih dikenali sebagai “key frames”.

Dengan cara ini, masa dan tenaga yang diperlukan bagi penghasilan sesebuah animasi dapat dipendek serta diagihkan secara saksama.



Key frames dalam Macromedia Flash

Key frames dalam Macromedia Flash

ANIMASI SEL
Satu teknik yang banyak membantu mempercepatkan penghasilan animasi tradisi ialah dengan menggunakan kaedah yang dinamakan animasi sel. Apabila animasi dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini, setiap watak atau objek yang hendak digerakkan akan dilukis pada helaian-helaian yang lutsinar. Gambar bagi latarbelakang pula dilukis pada helaian lain yang agak legap atau opaque. Apabila proses animasi ingin dilakukan, pelbagai watak atau objek akan dilukis bertindanan atau bertindihan pada helaian-helaian lutsinar di bahagian atas helaian yang mengandungi gambar latarbelakang tadi.

Kaedah ini amat menjimatkan masa serta akan memudahkan para pelukis grafik kerana tidak perlu melukis setiap watak atau objek berulangkali sebaliknya cuma perlu melukis bahagian-bahagian tertentu pada watak yang hendak digerakkan sahaja.


PAGE FLIPPING
Page Flipping atau animasi bukaan merupakan satu teknik yang mempersembahkan imej berturutan dengan menukar kepada kedudukan yang dikehendaki. Skrinnya mempersembahkan satu imej seakan-akan bergerak mengikut urutan. Ia merupakan cara yang paling tradisional yang diketahui umum dan biasa digunakan dalam persembahan teknik animasi di dalam sesebuah filem dahulu  kala.


ONION SKINNING
Onion Skinning digunakan di  dalam proses membina animasi. Ia membenarkan seseorang melihat gariskasar (outline) sel sebelumnya bagi memudahkan untuk mereka melukis atau menghasilkan perubahan imej pada sel yang seterusnya.




Sumber daripada --->

Tajuk Buku  : Pengenalan kepada Multimedia
Penulis         : Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Tahun           : 2000
Penerbit       : Venton Publishing


Read more

Q & A

1 comments

Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan ANIMASI, chat dengan kami melalui blog ini dan nyatakan komen anda di bawah :-)




Read more