Friday, December 14, 2012

Animasi 3 Dimensi (3D)

0 comments



Walaupun animasi 2D adalah cukup efektif serta mampu meningkatkan daya tarikan sesebuah aplikasi multimedia, namun demikian kecanggihan animasi 3D pula mampu menghasilkan suatu pengalaman serta persembahan yang lebih mengkagumkan.

Animasi tiga dimensi juga merupakan asas utama bagi kemunculan perisian-perisian multimedia bercorak permainan, penerokaan serta pendidikan. Perisian multimedia yang popular terutamanya yang bercorak permainan seperti Myst, Doom, Final Fantasy dan banyak lagi menggunakan animasi 3 dimensi bagi membawa satu pengalaman baru kepada pengguna.

Animasi 3D sebenarnya membawa animasi 2D satu langkah kehadapan dengan menyediakan kedalaman (depth) kepada imej-imej yang terbabit. Animasi 2D merujuk kepada imej-imej yang menggunakan paksi-paski x dan y manakalan animasi 3D pula mempunyai paksi tambahan iaitu paksi z yang mewakili kedalam imej yang terbabit. Ini sekaligus menjadikan imej-imej bagi animasi 3D kelihatan seolah-olah lebih hidup berbanding imej-imej pada animasi 2D.


PROSES PENGHASILAN ANIMASI 3D
Objek tiga dimensi dihasilkan menggunakan model matematik yang mana setiap objek boleh dipaparkan dalam pelbagai sudut pandangan (view) bagi menghasilkan satu satu rasa tiga dimensi yang sebenar.

Penghasilan animasi 3D boleh dikatakan lebih sukar dan komplek berbanding penghasulan animasi 2D dan biasanya ia melibatkan beberapa langkah yang utama, antaranya :

Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)
Pemodelan (Modelling)
Pencahayaan (Lightning)
Pemetaan
Rendering dan Animasi

Sumber daripada --->

http://syahareda036884.blogspot.com/2012/10/animasi-3-dimensi-3d_5.html


Tajuk Buku  : Pengenalan kepada Multimedia
Penulis         : Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Tahun           : 2000
Penerbit       : Venton Publishing



Post a Comment