Friday, December 14, 2012

Teknik-Teknik Animasi

0 comments


ANIMASI TRADISIONAL
Sebelum berkembangnya teknologi animasi berkomputer, semua animasi tradisi dilaksanakan menggunakan tangan. Dalam erti kata yang lain, semua bingkai (frame) bagi animasi perlu dilukis dengan menggunakan kepakaran menggunakan tangan. Bagi setiap satu saat animasi ia memerlukan sekitar 20 bingkai dan bayangankanlah masa dan tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan sebuah animasi yang lengkap. Bagi penghasilan animasi yang memakan masa selama dua minit contohnya memerlukan seseorang melukis sekitar 2400 helaian imej.

Terdapat beberapa teknik yang digunakan bagi membantu di dalam proses penghasilan animasi secara tradisional.


KEY FRAMES
Memandangkan jumlah masa yang panjang serta tenaga yang banyak diperlukan bagi menghasilkan animasi melalui lukisan, maka biasanya kerja-kerja penghasilan animasi dilakukan oleh lebih dari seorang.

Biasanya apabila papan cerita (storyboard) sesebuah animasi telah disiapkan, pelukis grafik utama akan melukiskan bingkai-bingkai utama yang mengandungi atau akan berlakunya perubahan-perubahan yang besar bagi keseluruhan bingkai-bingkai yang berada di antara bingkai utama atau rujukan tadi. Dengan cara ini kebanyakkan beban kerja animasi diagih serta dikawal oleh bingkai rujukan atau lebih dikenali sebagai “key frames”.

Dengan cara ini, masa dan tenaga yang diperlukan bagi penghasilan sesebuah animasi dapat dipendek serta diagihkan secara saksama.



Key frames dalam Macromedia Flash

Key frames dalam Macromedia Flash

ANIMASI SEL
Satu teknik yang banyak membantu mempercepatkan penghasilan animasi tradisi ialah dengan menggunakan kaedah yang dinamakan animasi sel. Apabila animasi dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini, setiap watak atau objek yang hendak digerakkan akan dilukis pada helaian-helaian yang lutsinar. Gambar bagi latarbelakang pula dilukis pada helaian lain yang agak legap atau opaque. Apabila proses animasi ingin dilakukan, pelbagai watak atau objek akan dilukis bertindanan atau bertindihan pada helaian-helaian lutsinar di bahagian atas helaian yang mengandungi gambar latarbelakang tadi.

Kaedah ini amat menjimatkan masa serta akan memudahkan para pelukis grafik kerana tidak perlu melukis setiap watak atau objek berulangkali sebaliknya cuma perlu melukis bahagian-bahagian tertentu pada watak yang hendak digerakkan sahaja.


PAGE FLIPPING
Page Flipping atau animasi bukaan merupakan satu teknik yang mempersembahkan imej berturutan dengan menukar kepada kedudukan yang dikehendaki. Skrinnya mempersembahkan satu imej seakan-akan bergerak mengikut urutan. Ia merupakan cara yang paling tradisional yang diketahui umum dan biasa digunakan dalam persembahan teknik animasi di dalam sesebuah filem dahulu  kala.


ONION SKINNING
Onion Skinning digunakan di  dalam proses membina animasi. Ia membenarkan seseorang melihat gariskasar (outline) sel sebelumnya bagi memudahkan untuk mereka melukis atau menghasilkan perubahan imej pada sel yang seterusnya.




Sumber daripada --->

Tajuk Buku  : Pengenalan kepada Multimedia
Penulis         : Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
Tahun           : 2000
Penerbit       : Venton Publishing


Post a Comment